Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di
bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan
rahmatNya iaitu:
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk
beribadat kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
- Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain
kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
- Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,
lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
- Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan
kanannya
- Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga
berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim
dan lain-lain)
0 komentar:
Posting Komentar